28 October 2012

Karnival Sains dan Inovasi di Kompleks Sukan Paroi

Assalamualaikum, hehe ini saya ada satu cerita, pada 20-21 hb 10 yang lepas, saye dan rakan-rakan sekampus bersama seorang pensyarah diberi tugasan untuk menyediakan 10 keping lukisan atas panel sebesar 4x8 kaki dengan bajet rm1000. Dua dari panel tersebut dikendali oleh saye sebagai designer bertemakan doodles. 

Doodles dua atas ni telah dibantu dalam meletak warna oleh rakan rakan. Sehari sebelum tu, dua panel ni teruk dikerjakan oleh budak budak yang memang sepatutnya conteng sama, tapi hasilnya teruk sangat jadi boss suruh kami touch up semula, sebab dua panel ni akan diberikan kepada sebuah sekolah cina apetah

 Ini booth kami, Art&Design

Lecturer yang membantu.

Kesimpulannya, sebenarnya lepas hampir setahun tak menulis blog, aku dah taktau nak tulis apa!!! haha, lain kali saya perbaiki, jumpa lagi, Assalamualaikum.



28 December 2011

Forgive me Ya ALLAH, as I remember not what was I send for,
Forgive me Ya ALLAH, as I indulge myself in sins which you forbid for,
Forgive me Ya ALLAH, for the acts I committed which I cried for,
Forgive me Ya ALLAH, for not thanking all the things you blessed me for,
Forgive me Ya ALLAH, for not taking the path You wished for,
Forgive me Ya ALLAH, as I keep going my sinful ways for.
Forgive me Ya ALLAH, my Creator, my Sustainer,
I kneel down on the ground and beg for Your Mercy,
You are the Merciful, You are the Forgiver,
So forgive me for my mistakes which I committed,
Guide me to the path You asked for, give me good sense,
Give me the courage and patience to remain on the right path ever..:'-(

Ya ALLAH... Please forgive us... all Muslims

Aameen...

10 December 2011

hachuuummmm! alhamdulillah

Assalamualaikum, hari ni hari ahad 11 haribulan 12 2011, lecturer bagi macam macam kerja dan akan semakin busy nanti, jadi ape yang penting sekarang ni ialah motivasi dari diri sendiri, kalau malas malas, im not going to be anyone. Ramai yang cakap course aku ni takde mase depan, sedangkan budak budak art and design sendiri pun mengutuk kitorang apetah lagi bebudak fakulti lain, tapi aku yang dalam course ni pun terpikir benda yang sama dan ingat nak tukar course jugak, tapi itu bukan masalah sebenarnye. Semuanya terletak kat tangan memasing, kalau amik course gempak gempak tapi at the end tak jadi ape same jugak, takde mase depan jugak, bukan fine art je takde mase depan, lagipun sebenarnye fine art ada masa depan. Dekat negara kita ni, orang cina tak dapat kalahkan melayu lagi bab bab fine art ni, jadi melayu lah yang kena pertahankan kan benda ni, tapi berlandaskan benda yang betul lah.Oleh sebab itu, adenye subjek islamic art yang akan terangkan how to know and create the islamic artwork. Semua artwork yang indah adalah islamic art, tetapi hanya dari muslim artist. Ada 3 kategori, islamic art, non-islamic art dan unislamic art.. yang ni aku akan terangkan nanti, tapi agak agak dengar bunyinya macam faham kan?... bye.

24 September 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dikurniakan tiga perkara : (1) bersegera untuk bertaubat, (2) ketenangan dan ketenteraman hati dan (3) motivasi untuk beribadah. Sebaliknya, barangsiapa yang melupakan kematian, maka ia akan dihukum dengan tiga perkara : (1) menagguh-nangguh taubat, (2) kegelisahan dan stress dan (3) rasa malas untuk beribadah.

Assalamualaikum para pembaca!

Maaf lah blog ni dah tak berupdate buat mase yang agak lame, ni nak kongsilah ape yang patut ye.
Sekarang aku dah masuk UITM Alor Gajah kos Fine Art, best la jugak, belajar melukis, buat arca, sejarah seni. Sem depan aku akan belajar Islamic Art, pasal sejarah die kot, tak taulah. Aku jugak masih main skate macam biase cume dah tak sekering dulu, haha. Pasal kawan kawan pulak ramai yang dah pegi sambung belajar so masing2 agak sibuk, rindu jugak waktu sekolah bile bace balik older post kat blog ni, rase kelakar
semue ade. Tapi mase bergerak orang berubah kan. Rasenye itu je kot, untuk post akan datang ni insyaallah aku akan buat macam cerite bile ade even yang best, ok? jumpa lagi !

06 February 2011

skateboard.

buat hadiah pakai kadbod
pegang gunting pakai jari
hajat di hati nak main skateboard
nak main skateboard hari hari...


haha, kenapa aku cakap pasal skateboard?..sebab aku suke main skateboard, lagipun aku tak reti main bola, jadi aku main skateboard. Kenape aku tak pilih permainan lain? aku taknak jawab yang tu, haha...itu je aku nak cakap pasal skateboard, haha


aku nak cerita pasal tadi, tadi kat pizza aku kerja 8 jam, hehe, mesti para pembace tertanye tanye kan, kenape aku kecoh sangat pasal berape jam kerje sehari?...aku taknak jawab, hehe...


tak best la kan?...aku dah tak tau nak cerite ape...


nanti kalau ade peristiwa aku cerite eh..hehe bye

28 January 2011

kecil jangan disangka anak

kali ni nak cerita apa berita hari ini, hehe

ikan gelama ikan duri
ikan keli ikan laga,
jalan-jalan terpijak duri,
sakit tau..

haha tu main main je, ni haa.

anak cina main guli,
anak kera bunuh diri,
kerja-kerja dapat gaji,
dapat banyak orang tak puas hati.

aku nak cerita ni sebenarnya, ni pasal gaji aku kat pizza hut, seperti yang korang tau, satu jam aku kerja 4 ringgit kan?... sebenarnye, mulai 1 Januari lagi, gaji 4 ringgit sejam tu untuk orang yang kerja 4 jam sehari sahaja, kalau 5 jam sehari, 5 ringgit untuk satu jam, kalau 6-8 jam pulak, sejam 5.60 sen, overtime 8 ringgit. Jadi aku pun gembira lah, korang pun mesti gembira jugakkan sebab korang ingat aku nak belanje korang kan, haha.. tapi malangnya, lepas aku dapat tau berita tu tadi, hours aku mulai bulan 2 hanya 4 jam, maknenye aku dapat 4 ringgit untuk satu jam, sehari 16 ringgit sahaja, sikit kan? aku bukan tak bersyukur, cuma aku rasa aku dan staf-staf lain sepatutnya dapat lebih ... kenapa ni semua terjadi? aku pun tak tahu nak salahkan siapa, staf terlalu ramai. jadi aku terpaksa terima semua ini, cehh haha... sepatut-patutnya, satu hari semua staf akan dapat 8jam, maknanya gaji sehari rm44.80 sen, kalau sebulan kalau 30 hari dah rm1344, banyak kan? aku harap la dapat kerja 8 jam sehari, tapi kan ade lagi satu berita gembira la jugak. Tahun baru cina nanti, gaji semua staf akan diganda tiga. maknanya rm 134 satu hari, CNY nanti aku kerja dua hari 8 jam, hehe bagi aku tu kira banyak la jugak, tapi apalah nasibku, hari berikutnye pulak sambung 4 jam balik, rm 16 sehari, hmmm... apa sepatutnya tindakan aku?