Pagi esok tu aku bangun dalam pukul 5 pagi, mandi semayang siap-siap sampai la pukul 7, kitorang pun egi la pejabat untuk tengok list kerja kat mane, aku dapat dekat putrajaya kat dewan seroja dengan firdaus dan fatimah zahra.Kerje ni agak penat jugak lah, bile balik tu dapat upah terus hilang penat-penat semue tu, hehe.maksud aku berbaloi la dengan penat lelah tu.
Lepas habis semue tu, kitorang balik malam tu jugak, naik KTM dan Bas Metro no 8.
Hari Isnin kat rumah, Hari Selase kitorang pergi Genting Highland, best wehhh!!...tapi yang ni aku akan cerite kat post yang akan datang ye, hehe.
Aku balik genting tu dalam pukul 12 lebih, aku tumpang keluarge Othman balik, sampai rumah je aku terus tido, dalam pukul 5 tu aku bangun untuk balik kampung pulak, yang ni pun aku akan cerite kat post yang akan datang. aku balik jumaat malam tu.
Sehari lepas tu, aku kerja dengan katering tu lagi, tapi kali ni lagi penat, aku dapat dekat dewan Sri Hendon, tetamu yang dianggarkan 2000 orang, jadi kelam kabut mase tu, sudu garfu pun kena basuh kat situ sebab tak cukup, pinggan mangkuk yang orang dah habis makan tu pun macam tak cukup orang je nak kutip. Memang penat la, dapur pun macam banjir dah aku tengok, campuran air minum dengan kuah lauk-lauk tu semue kat lantai, memang terbaik, daus siap tergolek lagi kat situ..haha. Bertingkat-tingkat gelas, pinggan mangkuk kat dapur tu, dah macam stor ape tah.Kali ni aku balik lewat sikit,iaitu keesokan harinye, sebab nak teman fadil, die datang dari kampung die, kat seremban, naik ktm. dalam pukul 10 macam tu kitorang siap-siap pergi KTM sampai Serdang. Singgah The Mines jap, makan-makan dan jalan-jalan. Pastu balik rumah aku terus tidur sampai maghrib.Mak, ayah, nenek dengan sedare2 aku keluar pegi shopping2. Malam tu baru aku jumpe diorang semue, hehe... Setakat ni, tu je kot
dah siap dengan malasnye~
No comments:
Post a Comment