ikan gelama ikan duri
ikan keli ikan laga,
jalan-jalan terpijak duri,
sakit tau..
haha tu main main je, ni haa.
anak cina main guli,
anak kera bunuh diri,
kerja-kerja dapat gaji,
dapat banyak orang tak puas hati.
aku nak cerita ni sebenarnya, ni pasal gaji aku kat pizza hut, seperti yang korang tau, satu jam aku kerja 4 ringgit kan?... sebenarnye, mulai 1 Januari lagi, gaji 4 ringgit sejam tu untuk orang yang kerja 4 jam sehari sahaja, kalau 5 jam sehari, 5 ringgit untuk satu jam, kalau 6-8 jam pulak, sejam 5.60 sen, overtime 8 ringgit. Jadi aku pun gembira lah, korang pun mesti gembira jugakkan sebab korang ingat aku nak belanje korang kan, haha.. tapi malangnya, lepas aku dapat tau berita tu tadi, hours aku mulai bulan 2 hanya 4 jam, maknenye aku dapat 4 ringgit untuk satu jam, sehari 16 ringgit sahaja, sikit kan? aku bukan tak bersyukur, cuma aku rasa aku dan staf-staf lain sepatutnya dapat lebih ... kenapa ni semua terjadi? aku pun tak tahu nak salahkan siapa, staf terlalu ramai. jadi aku terpaksa terima semua ini, cehh haha... sepatut-patutnya, satu hari semua staf akan dapat 8jam, maknanya gaji sehari rm44.80 sen, kalau sebulan kalau 30 hari dah rm1344, banyak kan? aku harap la dapat kerja 8 jam sehari, tapi kan ade lagi satu berita gembira la jugak. Tahun baru cina nanti, gaji semua staf akan diganda tiga. maknanya rm 134 satu hari, CNY nanti aku kerja dua hari 8 jam, hehe bagi aku tu kira banyak la jugak, tapi apalah nasibku, hari berikutnye pulak sambung 4 jam balik, rm 16 sehari, hmmm... apa sepatutnya tindakan aku?