When i was young i saw, my daddy cry...cehh haha, bukan-bukan tu lirik lagu, ni gambar aku dan sahabat mase kecik2 dulu, haha..aku tak tau pun wujudnye budak kat sebelah ni, tup tap tup tap lepas 17 tahun, die add aku kat facebook, name die fatinah... haa bagus jugak macam ni, ramai la kawan aku.haha
29 December 2010
28 December 2010
motor baru
aku nak Kawasaki KLX 150 SF, tapi dapat Kawasaki KX250, okla kan..haha..tapi siapa sedar, die hebat sikit la.haha
27 December 2010
Seminggu Ber?
18 dan 19 haribulan 12 haritu, aku, kakak aku, adik aku, mashitah, zaki, daus dan fadil pergi Sungai Tangkas Kajang untuk kerja, kerja ape? haa ini yang kite tak tau, haha takdelah, kerja katering, 18 haribulan tu kitorang gerak ke sana dalam pukul 5.30 petang naik bas Metro no 8 sampai ke KTM, pastu naik KTM pulak sampai stesen UKM.Dah sampai situ, Haji Ramly selaku bos kitorang jemput nak van die.Name syrikat tu RB(arbe) sdn bhd. Mengikut bos ni, die kate syarikat die ni agak famous, maksud aku berjaya lah. Dalam pukul 7 macam tu kitorang sampai dekat Sungai Tangkas tu. Isteri bos ni ajak melawat kandang kambing diorang dan kebun- kebun diorang. Malam tu rehat-rehat pastu tido.
Pagi esok tu aku bangun dalam pukul 5 pagi, mandi semayang siap-siap sampai la pukul 7, kitorang pun egi la pejabat untuk tengok list kerja kat mane, aku dapat dekat putrajaya kat dewan seroja dengan firdaus dan fatimah zahra.Kerje ni agak penat jugak lah, bile balik tu dapat upah terus hilang penat-penat semue tu, hehe.maksud aku berbaloi la dengan penat lelah tu.
Lepas habis semue tu, kitorang balik malam tu jugak, naik KTM dan Bas Metro no 8.
Hari Isnin kat rumah, Hari Selase kitorang pergi Genting Highland, best wehhh!!...tapi yang ni aku akan cerite kat post yang akan datang ye, hehe.
Aku balik genting tu dalam pukul 12 lebih, aku tumpang keluarge Othman balik, sampai rumah je aku terus tido, dalam pukul 5 tu aku bangun untuk balik kampung pulak, yang ni pun aku akan cerite kat post yang akan datang. aku balik jumaat malam tu.
Sehari lepas tu, aku kerja dengan katering tu lagi, tapi kali ni lagi penat, aku dapat dekat dewan Sri Hendon, tetamu yang dianggarkan 2000 orang, jadi kelam kabut mase tu, sudu garfu pun kena basuh kat situ sebab tak cukup, pinggan mangkuk yang orang dah habis makan tu pun macam tak cukup orang je nak kutip. Memang penat la, dapur pun macam banjir dah aku tengok, campuran air minum dengan kuah lauk-lauk tu semue kat lantai, memang terbaik, daus siap tergolek lagi kat situ..haha. Bertingkat-tingkat gelas, pinggan mangkuk kat dapur tu, dah macam stor ape tah.Kali ni aku balik lewat sikit,iaitu keesokan harinye, sebab nak teman fadil, die datang dari kampung die, kat seremban, naik ktm. dalam pukul 10 macam tu kitorang siap-siap pergi KTM sampai Serdang. Singgah The Mines jap, makan-makan dan jalan-jalan. Pastu balik rumah aku terus tidur sampai maghrib.Mak, ayah, nenek dengan sedare2 aku keluar pegi shopping2. Malam tu baru aku jumpe diorang semue, hehe... Setakat ni, tu je kot
dah siap dengan malasnye~
23 December 2010
17 December 2010
jap jap, satu lagi
Masa aku tengah bosan bosan tadi, aku terbuka hati nak buka balik blog yang umum* tu, last update die 30 Januari 2009. Jadi apa yang aku nak bagitau sebenarnye ialah blog ni dah diupdate!!.. jadi ali adhwa dan mashitah othman, sila buat kerja anda, gelak puas-puas.haha
Kerja la la la la
Sepatutnya, hari ni aku dah ada dekat kajang atas sebab bekerja,hehe. Tapi tak jadi, yang jadi hari ahad je, maknanya aku, adik beradik dan kawan-kawan kerja hari ahad je. Agak kecewa tapi takpelah, mak aku cakap "bersyukurlah".Esok dalam pukul 5 petang kitorang akan gerak pegi sana naik KTM dan tido sana sekali.
Firdaus ada ajak aku kerja kat Pizza Hutkat Jusco tu, aku rasa macam nak join, tapi aku tak tau ape tapinye, tapi masih ade tapi la.
Sekarang aku sangat lapang, tapi hobi aku bukan membaca, bilik pun bersepah malas nak kemas haha. 21 haribulan nanti aku akan ke Genting Highland, tak sabar pulak haha. Aku kena sediakan makanan dari sini macam maggi, roti gardenia yang 60 sen tu untuk makan kat sana.Kenapa? sebab makanan kat sana agak mahal jadi bawak sendiri lagi bagus kot, tapi duit pun bawak jugak sebab kalau-kalau ade ape-ape kan, mane la tau..hehe
Rasanya tu je lah dulu, nanti cerita lagi.
ok, macam ni
aku buat sikit pembaharuan kat blog ni, aku guna classic template, sebab aku rase macam cantik, adik aku yang ajar, kat sebelah ni ada profile, tagboard, archives, affiliates dan +follow. Klik saja, yang profile tu pasal aku la kan, yang tagboard tu adalah chatbox, tapi korang kene bersabar sikit, die akan appear lambat sikit ape yang korang tulis tu, sebab baru lagi kot, tak pun memang macam gitu kot,haha.affiliates tu link blog korang!...jadi kalau belum follow, follow lah, kalau dah, tak payah la kan..haha.. ok tu saje setakat ni. nanti ada lagi, jadi tunggu la.
11 December 2010
07 December 2010
you are welcome guys!
http://gesichtfatansi.blogspot.com/... Jangan segan untuk singgah, gabungan hebat Ali da Fitri..
03 December 2010
Kenapa tanya aku?
kecikkan gambar ni?..takpe lah, tengok je, aku berkenan pulak nak membikin sebuah basikal macam kat gambar tu.Bile aku nak buat? hmm lepas dapat duit lah haha.. tadi dalam pukul 10.30 mcm tu, pakcik firdaus ade jemput aku pegi kenduri rumah die, jadi aku dan zaki pun pegilah, lepas habis makan tu, aku suruh daus amik basikal kat rumah die, pastu kitorang bertiga main la lumbe-lumbe, pusing dari rumah pakcik die tu, pastu lalu depan rumah daus pastu sampai tempat mule balik, ni keputusannye:
1st runner: Muhamad Nabil
catatan masa: 53. 07 saat
2st runner: Muhammah Zaki
catatan masa:54.52 saat
3rd runner:Muhammad Firdaus
catatan masa:56.something
lepas tu dah kenyang n penat, kitorang pun baliklah..
haa, yang ni lagi penting sebenarnye, bukan tak nak beli, memang nak beli, tapi itulah hmm... kawan aku yang sorang tu dah tak tahan betul nak main, jadi aku pun tak tahan sekali, jadi yang ni pun aku akan beli lepas duit jatuh dari langit,hehe..
tengok ni, comel kan, saiz die kecik je dari dirt bike yang sebenar, people call it pitbike.... walaupun kecik, cili padi tau
haa, comel kan orang ni,haha
***
Paper aku tinggal 3 lagi, chemistry, account n PSV 2, harap2 la dapat buat dengan tenang... ape lagi nak tulis?... bukan taknak tulis panjang-panjang, memang nak tulis panjang-panjang, tapi itulah hmm...
27 November 2010
13 November 2010
29 October 2010
Boleh baca, boleh gelak, nak guna?...
Antara beberapa peribahasa Karam Singh Walia yang aku rasa memang ada kelas tersendiri. Boleh baca, boleh gelak, nak pakai? Boleh blah. Ni sekadar hiburan semata-mata. Bahasa kita masih dilindungi dan dijaga oleh DBP.
1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.
4. Biar lambat, asalkan tak cepat.
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9. Secupak takkan jadi 18 cupak.
10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
17. Hidup segan, mati di tanam.
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.
20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.
21.Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau
nak mengail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
23. Membujur lalu melintang pukang.
24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
p/s:ambil daripada blog debater BM SDAR, Alan
28 October 2010
sabado en la noche
Balik je dari sekolah, aku nampak ada 2 beg kecik pastu terus checkout ape tu, rupenye ia adalah sebuah kamera dan seketul lensa! Apa yang seronoknya?... yang seronoknye bukan setakat due tu je, ade lagi satu beg yang ade due lagi lens, jadi aku pun main tukar2 lens. Kamera ni guna filem so takdelah canggih mane, tapi masih tak reti guna sangat lagi lagipun nak kena hantar kedai untuk cuci bahagian dalam yang dah berfungus dulu baru boleh gune. Aku teringat pulak cerite spiderman 1, part peterparker nak tangkap gambar maryjane dekat pameran labah2 tu, die gune kamera almost sama cara snap hehe.
Ricoh jenamanya, tak sabar nak test tangkap gambar gune ni
ni semuenye, takdelah banyak sangat, aku je gebang lebih haha, yang lens paling besar kat gambar tu, aku cakap kat suriya beasr gila tapi biase je sebenarnye, haha lagi sekali gebang, aku teruja sebenarnya...
Nak memerut, jadi kena stop membebel...haa?memerut tu ape?Memerut tu macam memerang lah atau name singkatan kepade melabur dan sakit perut hehe
Selamat~
26 October 2010
Alamanda
Sambungan....Dalam pukul 6 petang tadi, aku rasa macam nak pegi jalan-jalan, tapi tak tahu nak ke mane, aku tengok minyak motor banyak lagi, aku putuskan untuk pegi Alamanda, mase dalam perjalanan, kat situ baru dalam 1jam habis hujan, so cuaca agak sejuk, tambah pulak aku naik motor, rasa macam kat luar negara, wah haha... Satu lagi lagi sebab aku raa blog dah makin bosan, aku bawak kamera, jadi ni yang aku dapat..
Meter aku tak interframekan sebab takutgambar ni disiarkan dan aku punye lesen P kene tarik, mase ni tengah dalam 220kmh je :p
hehe, aku rase gila sekejap
okay, hampir sampai...
baca tu Nabil, jangan jadi mat rempit
dah semakin dekat, bulatan Putrajaya
hahaha, masa ni lagilah, aku tengah mabuk kot, tak malu gila, mintak orang tangkapkan, dah la sorang..haha
Sebelum balik tu, aku check wallet ade 2 ringgit, aku fikir ape nak beli, aku beli rotiboy(original) haha.Sebenarnye aku tak minat sangat roti ni, lagi2 bahagian bawah die yang pekat dengan minyak or butter?ape2lah...loya tekak, tapi tadi makan elok pulak,haha
Tak lama lepas tu, balik, sampai rumah magrib dah masuk... TamaT
Assalamualaikum...
Setelah lame tak sentuh blog ni, hari ni nak bercerite sikit, hehe...
Hari ni aku dapat tahu tiga perkara, tiga-tiga ada kaitan dengan nakal, atau jahat atau dua-dua kot tapi tak penting sangat pun. Buku teks aku dah hantar, cume buku agama dan sejarah je aku pinjam, pulang masa habis SPM nanti.21-22 lepas habis SPM nanti, budak2 kelas 5Kempas rancang nak pegi Genting, Cikgu Marinalah yang bantu diorang. Hari ni last day untuk bayar duit deposit untuk pegi Genting tu.Kat sini lah perkara yang aku dapat tau tu, yang no2.Lagi? apa nak cerita?....Nanti2lah sambung ..
15 October 2010
14 September 2010
hari raya
Rasenye belum terlambat kalau nak ucap selamat hari raye maaf zahir batin kat sini hehe. Jadi untuk post kali ni aku nak cerite aktiviti aku selame beberape hari kat kampung. Tapi ringkas-ringkas je lah. Sebabkan aku rase malas, aku skip terus ke malam raye.
main bunge api, best haha, dengan saudare2 yang lain sekali.
haa, ni pulak waterrafting haha... ni motor arwah atuk aku, aku pusing2 depan rumah pakai moto ni...hehe
Pastu esoknye raye, raye hari jumaat kan?...so kitorang tak pegi banyak rumah sangat...
Sesi bergambar, tapi ni sebahagian je, yang lain-lain belum balik lagi..
Ni kubur moyang aku, iaitu mak atau ayah atuk aku.. kat Bagan ni..
Ni pulak kubur atuk aku dekat merlong..
Sesi gambar- gambar lagi,haha..ni sedare lain dah ade, tapi yang dah ade pulak ade yang dah balik...
Ini semalam, sedare dari kelantan datang nak ziarah atuk aku yang tinggal kat sini..
haa, yang ni adik aku yang edit, aku curi..haha
haa, yang ni adik aku yang edit, aku curi..haha
Nampaknye tu je lah yang aku boleh cerite...jumpe lagi!
26 August 2010
ye lah ye lah episod2
ok, dah fikir jawapannye?... haa, betullah tu, tu lah jawapannye... ok simpan baik-baik jangan bagitau orang lain...
sambungan cerite:
setelah bangkai arnab ditanam, kambing ingin memulakan hidup baru seperti dalam drama-drama di televisyen. katanya nak jadi seperti rosyam nor, kacak berjanggut, tapi apakan dayanya, kambing selamanya. tanpa membuang masa, kambing memulakan hidup barunya dengan berpindah dari kampung halamannya ke kampung halaman rakannya iaitu sang anjing dan isterinya sang buaya. pada hari berikutnya, sang anjing dan sang buaya berbual ketika kambing keluar membersihkan halaman, sang anjing berkata'' weh buaya, rumah kita dah la sempit, kambing busuk tu pulak nak tumpang, aku sebagai anjing bukan tak bagi, cuma rasa macam menyemak je, rumah dia bukan ada haiwan tinggal pun melainkan dia sendiri, kalau rumah jauh takpe lah, rumah dekat sebelah je, melekat dengan rumah kite lagi''. sang buaya menyambung ''tak baik la anjing, bagi je lah die duduk kat sini, kita pun bukan lama hidup kat dunia ni, sementara je, walaupun rasa semak, takpe, biarkan, kita pasti dimurahkan rezeki''. '' amboi-amboi, sedapnya ko bercakap, kau tak ingat ke dulu kambing pernah bunuh arnab, aku rasa nanti dia nak bunuh kita pulak" sambung sang anjing. malang bagi anjing dan buaya kerana kambing terdengar perbualan mereka, kambing mengambil sebatang penyepu besi dan memukul-mukul kedua sang anjing dan buaya sehingga mati. maka tamat jugaklah riwayat anjing dan buaya pada hari tersebut. kambing pembunuh! kambing pembunuh!.........bersambung
soalan minggu ini: masa buaya dan suaminya anjing berbual, kambing sedang bersihkan halaman kan?...macam mana kambing boleh dengar diorang punya perbualan?...
oklah, sebab aku rase jawapannya agak kurang ajar, aku bagitau sekarang, jawapannya sebab halaman rumah buaya dan anjing dan tempat anjing dan buaya berbual iaitu kat dalam rumah diorang adalah sama, tak faham?... makan panadol... ok, soalan minggu ni lagi, anjing ketua keluarga antara anjing sendiri dan isterinya buaya, berapa sewa rumah diorang agak2?...
19 August 2010
ye lah ye lah...
atas permintaan ramai, di sini mahupun di facebook juge di kelas, aku update la blog aku.....
sini ade bedtime story berserta teka teki:
Pade suatu hari ade seekor arnab berjalan-jalan seorang diri tanpa membawa ikan keli kepunyaan neneknya. Tiba-tiba, sang arnab tersebut ternampak seekor kambing yang sedang berdiri. Sang arnab bertanya kepada sang kambing "Kambing, oh kambing, mengape kau berdiri di sana, berdirilah di sini". "Aku bukannya sesiapa untuk berdiri di sana" jawab kambing. " ek elehh, touching ke mamat ni, balik kampung mandilah kambing! buat malu ayah kau, iaitu semut, je"herdik sang arnab. Setelah mendengar herdikan sang arnab tadi, sang kambing terus membunuh diri, tetapi sebelum ia membunuh diri, dia berkata "Jika aku mencintaimu, sudah tentu orang kata aku ni gay, tetapi orang yang cakap itu pasti lebih teruk daripada aku, maka dengan itu aku tidak jadi untuk membunuh diriku". Sang arnab berasa tersirap darahnya lalu berkata" kambing, kau tu dah la kambing, lembu pulak tu, dengar sini, aku ambil angin ni bukannya nak dengar bebelan kau tu, tapi aku datang ni nak ambil angin''. Setelah berfikir panjang, sang kambing pun mengambil sebuah sudu besi kepunyaan ibu tirinya lalu menikam-nikam perutnya berulang-ulang kali, maka dengan itu tamat lah riwayat sang arnab.
ok, ni teka tekinye, kenape kambing yang bunuh diri, tapi arnab yang mati?...haha, tunggu jawapannya di episod yang akan datang
09 July 2010
Penemuan semula...
tadi aku kemas2, tibe tibe ternampak kerete kecil ni, beli mase au kecik dulu dekat ayer keroh ke ayer hitam, aku tak ingat, tapi yang pastinye otw nak balik johor... aku beli banyak dulu dengan abang sedara aku, murah, comel dan jimat minyak..haha...yang banyak2 tu pegi mane aku tak tau, ade satu yang paling aku sayang tapi dah hilang, ciri2nye seperti berikut:
- warna kuning
- ade dua line hitam kat bahagian atas kereta tu
- macam kereta yang dalam tranformers tu, bumblebee
05 July 2010
menterkejutankannya....
Malam ni, aku gi makan nasi lemak dekat depan desamininum tu, dengan parents aku, makan dalam kereta, tapi sebelum tu, mase nak keluar rumah, aku ternampak ade bende terbang2, aku tengok dekat2 macam ade burung ke ape tah tengah makan ape tah dekat bunge2 mak aku, jadi aku macam teruja lah, aku amik kamera lalu snap due keping, tapi aku tak pasti, tu burung yang suke makan debunge ke, atau belalang yang besar gile tu..gambarnye kat atas tu lah... itu sahaja, semoga ketemu di lain hari dan waktu :p
03 July 2010
makan...
ini gambar pade waktu malam, pegi makan dengan keluarga dekta jusco, makan ape?..makan pizza..haha..kelakar2....
tengok gambar2 aku, baikkan...baju tu aku butang kat atas sekali, sebabnye kakak aku cakap aku nmpak keding dan selekeh gile kalau tak kancing... ade satu rahsie tentang baju tu, rahsienye ialah baju tu pakcik aku yang bagi..hehe
sebelum tu, dari pagi sampai tengahari, aku dan beberape kawan yang lain pegi Kompleks Rakan Muda Puchong, sebab ade seminar free dari course Map...
lepas habis pakcik LIM TECK HOE tu cakap, kitorng di jemput makan kat kantin, lepas tu pulak, pegi tangkap2 gambar... banyak jgak gamabr tapi malas nak masukkan, name pun nabil kan..haha
lepas tu lagi, naik bas, ke mane?...balik laa.. tu je, jumpe lagi!
26 June 2010
HAUNTED ALLEY
Rumah hantu ni dapat sambutan yang hangat jugaklah hari ni, semue orang kerja keras hari ni, good job... Aku sangat suka 25 trip pertama, sebabnye semue hantu tengah semangat, aku pun semangat gile, lari-lari,haha... seronok gile, nangis- nangis pun ade, tapi lepas 2 jam macam tu, kitorang dah penat, so rumah tu jadi kelam kabut sikit dan kurang seram....tapi ape2 pun sangat berpuas hati lah..haha,lagi satu aku tak sempat jalan-jalan beli makanan ke, mak aku datang bawakkan muffin dengan air, aku telan tu je lah, kunyah sekali laa...
Haunted Alley Crew
14 June 2010
09 June 2010
pertama tama!
Subscribe to:
Posts (Atom)